Monday, March 22, 2010

terima kasih...

arini aku diberi kejutan yang sangat-sangat tak disangka..
sebelum ni dah banyak kali abang cakap..tapi aku wat endah tak endah aje..
ye la..aku tak la mengharapkan apa-apa..aku paham keadaan dia macam mane...
biarpun dah berkali-kali dia menyuarakan hasrat hati dia tu..aku iyakan aje..
tapi hari ni yang pada asalnya kami tak ada sebarang tujuan pun untuk keluar..
dengan tiba-tiba dia menuju ke kedai itu dan memilih untukku..
disuruhnya aku mencubanya dan menawar harganya..
bila aku tnya "ha?!!..biar betul abang ni..? nak beli sekarang ke?.."
"ye la..sekarang la..tengah ada duit ni.." dengan selamba dia menjawab..
"biar betik abang nih..?" aku masih ragu-ragu..
"betul la..kan abang dah banyak kali janji nak belikan..tunggu sini..abang pi amik duit.." lalu dia pergi meninggalkan aku untuk ke mesin ATM...
tinggal la aku terpinga-pinga memandang benda berkilau-kilau kat tangan aku nih..


dan sehingga ke saat entri ni tulis..aku masih dalam keadaan tak percaya..
MALAM NI AKU DAPAT GELANG EMAS...!!!


terima kasih kepada cinta hatiku diatas pemberianmu yang amat indah ini..
aku amat menghargai hadiah ini..seperti mana aku menghargai setiap pemberianmu sebelum ini...


Ya Allah..kau murahkanlah rezeki kami..
kekalkanlah kasih sayang di antara kami..
lindungilah kami dari perbuatan khianat..
permudahkanlah segala urusan kami..
dan berikanlah segala yang terbaik untuk kami..
terima kasih Ya Allah..atas kurniaan kasih sayang ini...

No comments:

Post a Comment