Popular 1:1 Traffic Exchange

Tuesday, March 22, 2011

Takde Tajuk

arini xde sebab apa2 untuk menulis..cuma disebabkan dah lama tak update so rase cam nak menulis jugak..
kebelakangan ni byk sangat perkara yang mengganggu fikiran aku..sampai sakit2 jadinya..
pasal hutang yang tak abis2..pasal nak mulakan perniagaan..pasal sambung belajar..pasal kerja..pasal keluarga..
adoi..tak abis2 ngan masalah..bukan aku tak tau nak mulakan penyelesaian dari mana..tapi jalan penyelesaiannya semua bagi jalan buntu kat aku..so..semuanya terbengkalai..tapi dalam masa yang sama bertambah2 lagi ngn masalah2 lain..tapi aku percaya..Allah tak kan uji seseorang itu dengan pelbagai ujian dan cabaran melampaui kemampuan hambanya..

so..tabahkan hati..kuatkan semangat..biar apa pun orang kata..jangan cepat putus asa..right??

p/s: aku sangat sedih dengan bencana tsunami yang berlaku di Jepun..semoga mereka juga tabah mengharungi segala kepahitan ini dan bangkit dengan semangat yang tinggi kelak..ganbatte!!

Wednesday, January 26, 2011

Kawan? Rakan? Sahabat?

Salam semua..dekat setengah tahun jugak aku xmenulis kan?..
sangat kasihan blog ini kubiarkan xberupdate..kan??
Maaflah..terlalu banyak perkara berlaku..dan adakala terlalu sibuk..
dan selalu jugak xde mood nak tulis..

kali ini aku nak tanya kalian mengenai apa yang dikatakan kawan@rakan@sahabat..
memang maksudnya berlainan tapi ianya mengenai benda yang sama kan?
PENEMAN MANUSIA..

aku xtau sejak bile..hidup aku menjadi terlalu sunyi tanpa kawan, rakan atau sahabat..
tapi percayalah..tiada seorang pun yang boleh aku gambarkan, andaikan atau anggapkan 
sebagai teman, rakan, kawan atau sahabat BAIK..
aku akui kenalan disekeliling aku semuanya baik2..atau seperti itu yang aku anggapkan..
tapi mereka bukan kawan atau sahabat baik aku..
bila aku tgk kawan2 lain..mereka mempunyai (at least) seseorang yang mereka boleh berkongsi kisah2 peribadi, berkongsi minat, bercuti bersama2..atau at least bergosip bersama2 mengenai boyfriend masing2..

setakat pergi shopping, tgk wayang atau makan malam bersama bolehkah mereka ini dikatakan kawan atau sahabat baik??..
bila duduk sorg2 memerhatikan orang disekeliling dari tingkap pejabat aku ni..
baru aku perasan yang hidup aku ni terlampau bersendirian tanpa kawan baik..
xtaulah itu perkara yang baik atau tidak..tp kata abang aku terlampau menyendiri..
sbb tu orang xberkawan ngan aku..
sebaliknya abang terlampau ramai kawan sbb dia sgt peramah orangnya..
kadang2 aku jadi rimas ngan keperamahan dia sebab orang lain sgt suka dia..
(that's the problem of being over-jealous)..
tapi sebenarnya aku jeles dia pandai berkawan..sedangkan aku tidak..
aku terlampau pendiam kot..?

so..cube kalian cite psl orang yang kalian anggap sebagai kawan atau sahabat baik korang..
aku sgt teringin nak tahu..

Friday, April 16, 2010

Blog Edited..

Alhamdulillah..selamat dah mengedit blog nih..
setelah terlalu lama aku menyepi..
dari blogging, dari blogwalking...
rindu sungguh nak berceloteh kat sini lagi..
tapi kali ni rasenya aku tak ada apa-apa nak diperkatakan..
nantilah bila ada perkara yang betul-betul perlu diluahkan..
kau la yang akan menjadi tempatnya..wahai diariku..
InsyaAllah aku akan teruskan blogwalking setelah selesai minggu-minggu yang memenatkan ni..
terima kasih pada yang sudi blogwalking dan klik nuffy aku..
aku akan balas kembali..
sekarang..masa untuk tido..
Selamat Malam semua...!

Saturday, March 27, 2010

mengimbau kenangan lalu..

HARI INI DALAM SEJARAH..


pada hari ni..setahun yang lalu..
aku penah terpisah ngn abg sementara..
sementara ke..?dekat 2 bulan jugak..
sebab ape..? byk jugak sebabnya..
kejelesan aku yang melampau..
kebodohan aku..
tapi perkara setahun yang lalu tu aku rase buat aku sedikit matang dalam menilai kasih sayang abg..
buat aku percaya bahawa kita tak patut sayangkan seseorang dengan sepenuh hati..
sebab ape?..sebab bila kita kecewa..seluruh hati kita akan hancur sama..
jadi kalo kita simpan separuh hati kita ni..kita akan ada kekuatan untuk bangkit semula..
aku bersyukur sangat masa setahun yang lalu ada kawan2 dan orang2 yang bantu aku..
walaupun aku dapat bangkit semula dri kesedihan dan kekecewaan..
namun sesekali kedua2nya datang kembali menyebabkan hati aku sakit lagi..


lagi satu..perkara setahun lepas tu buat aku jadi kurang mempercayai orang2 disekeliling aku..
termasuklah abang..
ntah la..sekali aku ditipu..susah aku nak percaya lagi..


aku bersyukur jugak sebab aku langsung tak bertemu dengan mamat durjana yang hampir menjahanamkan hubungan aku ngan abang dulu..
walaupun tinggal di pekan yang sama..dan dia sendiri bekerja ditempat yang sama ngan abang..
aku tak pernah lagi bertemu muka ngn dia..
kadang-kadang je bertembung kereta...tapi tak nampak muka sebab tinted kereta masing2 gelap..
aku pun xtau ape patut aku buat kalo terserempak ngan mamat tu lagi..
pernah jugak sekali dua dia cuba berhubung dengan aku..tapi aku ignorekn aje..
smpai satu tahap aku bgtau kat abg..then abg marah die..
pas pada tu dah xde lgsg...bagus la..aku malas nak amik tau hal dia..
lantak pi la dia nak jadi apa pun..


sekarang..selepas setahun yang lalu..
aku dan abg semakin ok..kdg2 jeles la jugak..
tapi aku masih pegang pada kata2 abg yang sekali dulu..
biar sejeles mana pun..aku tetap diamkan diri..
buat macam biasa..sebab aku tau..dia tetap dengan aku...


Ya Allah..lindungilah kami dari perbuatan aniaya orang..
panjangkanlah jodoh kami..
dan tunaikanlah hasrat kami..
amiinnn..

Monday, March 22, 2010

terima kasih...

arini aku diberi kejutan yang sangat-sangat tak disangka..
sebelum ni dah banyak kali abang cakap..tapi aku wat endah tak endah aje..
ye la..aku tak la mengharapkan apa-apa..aku paham keadaan dia macam mane...
biarpun dah berkali-kali dia menyuarakan hasrat hati dia tu..aku iyakan aje..
tapi hari ni yang pada asalnya kami tak ada sebarang tujuan pun untuk keluar..
dengan tiba-tiba dia menuju ke kedai itu dan memilih untukku..
disuruhnya aku mencubanya dan menawar harganya..
bila aku tnya "ha?!!..biar betul abang ni..? nak beli sekarang ke?.."
"ye la..sekarang la..tengah ada duit ni.." dengan selamba dia menjawab..
"biar betik abang nih..?" aku masih ragu-ragu..
"betul la..kan abang dah banyak kali janji nak belikan..tunggu sini..abang pi amik duit.." lalu dia pergi meninggalkan aku untuk ke mesin ATM...
tinggal la aku terpinga-pinga memandang benda berkilau-kilau kat tangan aku nih..


dan sehingga ke saat entri ni tulis..aku masih dalam keadaan tak percaya..
MALAM NI AKU DAPAT GELANG EMAS...!!!


terima kasih kepada cinta hatiku diatas pemberianmu yang amat indah ini..
aku amat menghargai hadiah ini..seperti mana aku menghargai setiap pemberianmu sebelum ini...


Ya Allah..kau murahkanlah rezeki kami..
kekalkanlah kasih sayang di antara kami..
lindungilah kami dari perbuatan khianat..
permudahkanlah segala urusan kami..
dan berikanlah segala yang terbaik untuk kami..
terima kasih Ya Allah..atas kurniaan kasih sayang ini...